Saturday 2 April 2011

MENYAKSIKAN rakan�nya menemui ajal ketika melakukan ‘drag race’ secara haram menyedarkan dirinya yang sebelum ini hanyut dalam keseronokan dunia sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa.
Insiden itu juga pernah membuatkan Mohd Khairul Anuar Mohd Mustaza, 31, terus berhenti menjadi pemandu drift. 
Namun, kecintaannya terhadap sukan drift membuatkan anak muda ini sukar berpaling daripada sukan itu dan cuba mencari alternatif lain supaya dapat mengecapi keseronokan itu secara ‘halal’.

Katanya, dia mula terbabit dalam lumba haram ketika baru menginjak ke usia dewasa dan ketika itu sikap mencuba sesuatu yang menjadi kegilaan anak muda pada masa itu membuak-buak.




“Saya hanya memikirkan keseronokan semata-mata walaupun sedar aktiviti yang saya sertai itu mempunyai risiko tinggi, namun semua itu saya tolak ke tepi dan hanya memejamkan mata